1/22/13

Azam 2013

Hello mello dan Assalamualaikum..

2013 baru je start,so today aku nak list kan beberapa azam aku yang harap aku boleh capai dalam tahun ni.
memang lambat sikit update pasal azam ni, sebab kerja baru ni buat aku agak malas nk taip panjang-panjang.


ok takpe, kite teruskan dengan agenda kita hari ini!

azam tahun 2013 untuk aku antara nya ialah

jimat duit!
yeahh,ni first, bukan sebab nak kahwin ke apa,tapi sebab aku rasa aku banyak membazir tahun-tahun lepas,so tahun ni! nak kurangkan perbelanjaan,atleast every month aku ada saving sikit!

nak lebih matang
huhu..umur pun dah meningkat,dah 24 tahun dah..rasa macam tua dah,perut pun cam dah nak kedepan!
so, nak lebihkan sikap optimistik dalam setiap tingkah laku!
insha Allah boleh!

update blog atleast satu bulan satu post
huhu, tahun 2012 paling kurang aku update blog,so tahun ni nak berazam update banyak sikit!dah empat tahun blogging,atleast bila banyak entry,banyak lah kenangan tuk masa-masa tua nanti!
hehe..


Settlekan hutang -PTPTN
yang ni tak mungkin aku dapatkan settle dengan cepat, tapi atleast tahun ni nak bayar lebih sikit lah!
Alhamdulillah, tahun lepas aku dah start kena bayar bulan january, tapi aku lewat bayar bulan Mac baru bayar sampai lah sekarang bulan-bulan memang aku bayar,so tahun ni, aku nk make sure, aku nak cover balik dua bulan lewat tuh, nak settlekan cepat!
bila hutang berkurang lega lah skit.

Nak apply rumah
nak beli rumah kos rendah! takpe biarlah orang cakap ape, janji ada rumah .betul tak?
time nak beli kereta viva pun orang kata-kata jugak, kereta kecik,sempit,tak kisah langsung sebenarnye yang penting tuh je tahap kemampuan kita, dan aku selesa pakai viva,bukan orang yang berkata-kata tuh yang bayar tiap-tiap bulan,aku yang bayar..betul tak..huhuhu..



ni lah azam tahun ni! mana satu yang akan tercapai..tunggu lah hujung tahun 2013 ni nanti.InshaAllah!

3 comments:

Nur Amirah bt Azri bt dot dot dot said...

Ha bagus la tu blog kau ni peminat nak baca.huahuahua

Nur Amirah bt Azri bt dot dot dot said...
This comment has been removed by the author.
tengku ismail said...

hahahahh! ada peminat ke.hikhik~