5/15/12

Budget Singapore Trip - 7/5/2012

hari terakhir kat singapore  & johor bharu ini ,pada pagi yang hening, kami bersiap untuk ke universal studio! yahuuuu!
tak payah nak cari MRT or bus time ni, bus dah siap ada depan tune hotel,amik we all, actually, tempat untuk book or beli tiket ni, kat tepi tune hotel ni jek! nasib baik stay kat tune hotel jek,even takde TV dalam bilik.LOL!
so,start naik bus dlm kul8.30pagi, sampai sentosa island dalam kul10.30pagi..lama kan?sebab kan kastam tuh yang lama skit actually..

masa untuk roller coaster! ahaks!-maaf, takde pic roller coaster! huhu!
jom layan!

bergambar depan tune hotel johor bharu! sudah lah kau tune hotel, TV je besar dalam bilik, tapi tak leh on! huhuh tetibe!

dalam bus, nak gerak ke universal studio di sentosa island! wuhuuuu!

dalam pukul10.30 pagi, kami dah sampai di universal studio! lewat 1/2 jam! lambat bas tuh bawak, padahal sebab aku lewat sikit kat kastam, pegawai kastam tuh, cek nama aku macam mengeja! aihhh! strict giler!
wuhuuuu! dekat depan masuk universal studio ni, tak sah kalau tak bergambo! huhuh

kat sini, ada pelbagai topi,macam-macam ada! tak nak kalah,aku nak pakai topi bentuk king..hehe

key chain yang sangat banyak di sini! hey! satu key chain tuh, 10 dollar taw! mahal! RM25 satu! adehhh! tapi beli gak satu! T_T

kite orang masuk dalam ni, ingtkan ape, rupe nya, monster ni, duk menari, nyanyi bagai,rupa-rupa nya live rock musical,kalau tahu,confirm taknak masuk, huhu

transformers the ride! siyes! memang gila best! sangat-sangat best! rugi sapa tak masuk! kena pakai 3D glasses, siap ada roller coaster lagi dlm ni! GEMPAK HABIS!!! ( saje dicapslock kan ,huhu)

3 orang wanita ini menyanyi di street,nyanyi live lagi! memang best! wuhuuhu! seksi,nampak ,haha!

ok,ni saja letak! aku snap photo depan2! haha! :P
ni time beratur nak masuk transformer ride tuh, panjang ya amat, adalah satu jam lebih kot beratur dalam ni, even pergi weekdays,ramai nye umat manusia! hey! hari isnin kot,korang tak kerja ker?? cop! aku pun tak kerja! huhu!

3d glasses,pakai masa naik ride nanti! giler best! memang nampak real giler lah,yang transformers tuh berlawan-lawan bagai! awesome!

bergambar depan kenangan depan transformers! wuhuuu! ada orang tangkap'n pic sini, siap print kan lagi, tapi kene bayar 20 dollar kot tak silap! tak beli pun! mahal! T_T

aku tak kenal sape lah makhluk asing belakang ni! asyik menari je! so, layan jelah! huhu

yang ni, pun kite orang masuk,yang ni pun ride jugak, kat dalam piramid! yang ni ride yang sangat best! bayangkan korang naik roller coaster dlm gelap, langsung tak nampak ape2! siyes! ni second best!huhuh

depan jurassic park! bahaya! dalam tu ada T-rex!! jangan makan saya,saya belum kahwin! bai!

donkey live! boringgggg! dengar si donkey ni nyanyi & bebel! bosannn! sape nak datang! please! jangan masuk sini! huhu
maaf, saya nak buat muka comel macam pussy cat ni, tapi tak comel! sila jangan kritik saya dengan kerja wahai anonymous! :P

shrek 4D,ni pun best! even tak paham jalan citer,duduk dalam seat yang ada vibration,pastu air terpancut kat depan seat,huhu! sangat 4D! basah baju aku time ni!HUHU

tolong jangan terpedaya dengan keempukan badak air ni! sebenar nye tak empuk pun! menyesal peluk! huhu

madagascar's team! wuhuuuu!

yang ni we all bergambar dekat monster-monster yang nyanyi tadi! boleh lah! mummy tuh seksi! wuhuu!

tadaaaaa! hollywood sangat kan!hihi

bergambar dengan firaun ke ape ntah yang ni!

hai! saya ni bets lover,sila ngorat saya! hahaha

marilyn monroe! awat skirt tak terangkat ni, baru nak tengok! haha,ke nak tolong angkatkan! hhhaha.LOL

yang ni aktiviti masa kat MEMA aka maritime Experiental museum & aquarium Singapore.pandai kan aku buat! hihih

jualan tertinggi kat sini,best lak application ni! saya ni berseni orang nya,wakakaka!

sekali lagi nak tunjuk! huhu!

beli tumbler kat far far away sekali dengan air dalam 16 dollar! mahal nak mapuih! tak pelah!time ni, dah nak balik dah pun!huhuu




itu saja 2 hari satu malam travel kat singapore ni! bye2 johor bharu! bye2 singapore!
nanti jumpa lagi ek!huhuhu!


p/s : maaf takdapat nak beli sourviners kat kawan-kawan,tengok bukti kat gambar-gambar ni, betapa mahal nye barang-barang kat singapore ni,huhu! sorry! ini bukan alasan ok! huhu

Budget Singapore Trip - 6/5/2012

yeah! untuk first day kat sini!,kite orang nak jejalan kat singapore dulu, tapi hotel kite orang sebenar nya kat johor bharu, kat tune hotel,so, terus sampai woodlands,pergi kastam dulu and masa untuk jalan! yahooo! sampai singapore dalam pukul8.00 pagi! awalkan?

tengok gambar jom!

nak bergambar jugak dekat vending machine! tengok, air tin pepsi pun 1.80 dollar convert duit malaysia,cam tak berbaloi je beli, dekat rm4 beli satu tin air! huhu! takkan beli! huhu.maaf saya berkira! huhu

bas kat singapore! panjanggg nye! tak naik pun bas ni! rugi! huhuhu..

ticketing machine kat singapore,train kat singapore called MRT, ala-ala cam LRT + KTM la,kejap train gerak kat atas macam LRT, lepas tuh gerak ke bawah pulak, macam KTM..satu singapore ada MRT ni! best kan!

dalam MRT,time ni hampir nak ramai orang la,berdiri kot, penat! dalam train macam LRT je..

dpaat reserved seat,patut nye untuk orang OKU,tapi aku degil,nk duduk jugak! takpe, nanti kalau ada orang OKU,aku bagi lh dorang duduk! singaporean kat sebelah aku ni,relax je duk kat reseved seat,siap tidur lagi! huhu

kat stesen MRT Paya Lebar,time ni nak tunggu bas,nak ke geylang serai,nak makan jek! breakfast! huhu.lapar!

dah sampai geylang serai,kalau kat singapore ni, kat geylang ni, ramai orang melayu singapore, so, kalau nak makan kat sini, dapat lah makan tanpa was-was.halal! Alhamdulillah :)

aku beli makanan kat TAKDENAMA tuh, makan nasi ayam penyet,5 dollar kalau convert malaysia hampir RM13..mahal nye! huhuh!

kalau datang singapore, tak sah kalau tak minum air mata kucing nye,dalam gelas macam ni, harga nya 1 doallar 50 cent! murahhh sangat! kata makcik kat geylang ni! 'mak cik,kalau convert duit malaysia,dekat rm4 air ni makcik,huhu'

ni, lepas makan,kite orang nk gerak ke bugis,kata nya tempat tu famous for singaporean nk shopping,barang murah,ala-ala uptown jek! murah ke ?hihi

gambr lagik! huhu!

sebenar nye kan,kite orang tak mandi,haha! cuci muka je kat toilet kastam tuh! hihi~ pssst! jangan kasi tahu orang taw! hahah

bugis square! yeay! dah sampai!

nampak tak tuh?/bugis street! ala-ala uptown tp version mahal! huhuh!

ada satu kedai menarik kat situ, try tengok atas kepala aku ada signboard nye! hihihi~

banyak nya fridge magnet!!! rembat satu buat balik rumah,bagi kat mak! hahaha

gambar kepura-puraan lagi di stesen MRT! penat Tuhan saja yang tahu! dah la beg berat! huhuh

dah sampai marina bay! cantik view kat sini, malang nya,time ni hujan renyai, so photoshoot,hanya beberapa keping gambar.LOL

belakang tuh, butik LV tak silap aku! siyes cantik butik tuh,tengok dari jauh jela,tak berminta langsung nak masuk! sah-sah barang nya semua mahal! hihih~

dua jejaka kacak berposing di bangunan pencakar langit si singapore! kacak ah! problem? hihi~ oh maaf, aku je kacak! haha

katil di tune hotel, empuk, enak! waah,tp disebabkan budget trip,,dlm hotel ni, TV je ada,tapi tak leh buka! mentang-mentanglah kite orang stay yang paling murah, takde add on banyak sangat! sampai hati kau tune hotel, tak bagi aku tengok TV,huhu

malam-malam, untuk mengurangkan budget makan, kami makan di johor bharu je, dekat restoran singgah selalu,hey! budget-budget pun, dekat RM90 abis taw! makan kat sini! nasib baik RM, bukan dollar! kalau tak! makan pasir lah aku blk shah alam nti,LOL..







p/s : first day ni, memang penat! tak sabar nak pergi universal studio hari esok nye tuh! huhu! hello roller coaster can't wait to ride on u! wuhuuuuu!