5/14/12

Screen Protector 'privacy'


Assalamualaikum

Selamat tengah hari semua,aku baru lepas lunch,hari ini sempat lagi menjamah nasi ayam yang berharga rm3.80,even mahal, aku teringin lak nak makan, padahal semalam 2 kali aku makan nasi ayam.nasi ayam kat kantin Goodyear sedap lah! Sumpah tak tipu! Huhu ( sambil makan kuih ketayap, sambil taip entry ni,huhu ) erkk! Tercekik lak kang!

Ok, harini nak citer, last Friday, aku balik kuantan,kejap jek, just jumpa parents,sedara mara skit, nak lepas rindu! Hehe! Padahal ada maksud tersirat balik, sebenarnye,jeng jeng jeng~

Makcik aku merangkap adik kepada bapak aku ni, ajak aku pergi usha samsung galaxy note, sebab dia nak suruh hubby dia belikan sempena birthday dia yang ke 32! Tet! Hepi birthday in advance cu! Untung dapat ‘NEW IPAD’,huhu!

Aku plan la nak usha dekat kompleks teruntum & kuantan parade, sebok-sebok duk usha Note, tetibe jek, mak cik aku beralih arah nak ipad! Giler best! Terus rembat ipad hari tuh jugak! Mula nya nak usha je, rupe nye istilah makcik aku,kalau usha tuh means beli terus, untunglah Cu aku tuh..minta hadiah birthday dengan hubby,terus dapat! Dah la birthday lambat lagik! Wakaka! Untung –untung..

So, nak dijadikan cerita,sambil duk mak cik aku duk beli ipad tuh, aku sempat lah mintak diskaun dekat penjual ipad tuh nak beli screen protector! Screen protector yang aku pakai ni sangat best! kalau nak tahu, handphone android aku ni dah pun mencecah usia satu tahu! Yeay! Happy birthday sayanggg! ( poyo giler, cakap kat handphone sayang! ) hehe!

Actually dah setahun pakai handphone ni, so, screen protector ni tak pernah tukar, and lagi satuh, aku ni seorang yang sangat sayangkan handphone! Aku tak bagi sangat orang pegang handphone aku! Nak pulak, ada yang nak sentuh kejap, pegang kasar-kasar, sangat-sangat tak berkenan ok! Nak beli ni bukan nya murah tahu!huhu!so, lepas dah baca entry ni, paham-paham la ye, jangan asyik nak minta handphone gue! Hihihi~

Lagi satu, aku memang tak suka,orang yang suka usha-usha apa yang aku buat kat handphone aku! Contoh dalam bas ke kereta ke, orang sebelah sebok nak baca nak intai-intai kan! Yang ni paling tak suka! Huhu!

So, akhir nya aku bertukar pada new screen protector called ‘ privacy screen protetor’,wuhuuu! Sangat best! Sangat gelap! Cam tinted kereta yang tak diluluskan oleh JPJ lah lebih kurang! Padan muka korang yang suka sangat intai-intai handphone tuh! Beli je screen protector ni! 

Senang! Tak risau lagi nak ber’SMS jiwang tanpa orang perasan apa yang kita tulis, ngeh2! Tengok cerita ‘biru’ pun senang taw! Hahaha! kita dapat tengok dari arah depan je,screen tuh!,dari belakang, tepi atas.,kiri kanan ,semua tak nampak korang buat apa! Sangat best! Actually harga screen protector ni mahal la jugak, dalam rm35, tapi aku dapt rm25,kira murah lah kan! Ngeh2! Jom usha my sayanggggg dgn perisai baru nye!  Haha!

kalau dari depan korang akan nampak lah screen nye,means aku sorang jelah boleh nampak, sebab aku taip dari depan kan! sangat privasi!

kalau belah tepi cam ni, korang tak akan nampak, nampak cam gelap je, actually tadi aku tangkap photos tak banyak! tapi seriously, korang takkan nampk apa-apa dari pelbagai sisi! ohhhhh man! sangat privasi!!! sukeee!




p/s : berangan nak note! tapi dah janji diri sendri,tak nak pakai handphone baru lagi buat masa ini! sayanngg galaxy s ni! heheh!  nanti dia merajuk, habis aku tak leh guna langsung si android ni kang! ngeh2!