9/28/11

masak-masak : SAUSAGE LOVE! yummy!

hello semua! selamat petang,ok hari ni,chef nak tunjuk satu resepi terbaik punya
its called 'sausage love' , buat dengan kuasa cinta yang menebal,
serta bentuk yang sangat romantik ye,haha.
sila cuba buat di rumah ye kawan-kawan ( feeling-feeling chef jap, huhu )

ok,ini bahan-bahan nya

BAHAN-BAHAN
1) sosej aka hot dog ( jenama ape pun tak kesah, yg penting halal dari jakim ye?)
2) telur puyuh ,takde telur puyuh pun tak pe, telor ayam pon boleh, telor manusia, tak boleh! tet! haha
3)minyak untuk menggoreng ( minyak cap buruh ke, minyak tesco pun boleh, janji leh goreng )
4)lidi @ pengcukil gigi ( yang baru punya, jangan yang dah dicungkil gigi ye,haha.geliii )



LANGKAH PERTAMA : potong sosej di tengah-tengah,pastu buat macam bentuk di atas,dan cucuk dengan lidi,atau pengcukil gigi pun boleh laa


sedap dan menyelerakan kan??


LANGKAH KEDUA/ TERAKHIR : goreng sosej tuh, pecahkan telur kat dalam bentuk love tuh,jangan sampai terlalu masak, letak sos cili or sos kat nando's pun boleh. Dannn SIAP!!!!
Senang kan??? huhuhu..jom makan! :)


p/s : cita-cita dulu nak jadi chef, hihihihi~

Biodata Versi Bajet

ni aku ceduk idea dri blog faiz , hehe..



buat-buat muka kacak kat i-city! kau ader.? hahaha ;P



Nama penuh : tengku ismail bin tengku ibrahim bin tengku ismail
                      ( kreatif giler kan nama,generasi ke generasi ni,haha)


Nama samaran /komersial :  mail,TiTi,ismail,abg is yang kacak ( kau ada.?hehe )

Umur : 22 tahun, tp ramai ingat 19 or 20 ( lalalaa, kau ader?)

Status : it's complicated! tet!!

Tempat lahir : sebuah hospital kerajaan di kuantan pada tahun 1989,lalala~

Pendidikan : baru abis belajo kat uitm kota bharu deh!

Makanan kegemaran : tak kesah makanan ape, janji sedap samapi gua leh tangkap lentok (petai2 yg sewaktu dengan nya, gua tak layan beb! )

Minuman kegemaran : faberet giler epal jus,ribena & laici,tapi kalau kuar makan, order limau ais je ( jimat,lalala~)

Warna kegemaran : putih,merah & hitam ( faveret sgt2 nie,  mostly barang aku related these kind of colours )

Penyanyi kesukaan : depends on lagu la,tapi suke siti ( motif befday sama,),Bruno mars ( lagu2 best giler,asyik memekak lagu dier je), aizat ( yg ni lagu2 best),artis jiwang-jiwang karat tahap boy band,
gua tak layan,sekian!

Pelakon kegemaran :.tom welling ( nampak kacak & nampak smart la, feeling cam nk jadi tom welling jap)
lee dae hae ( my girl, asal ko cute sgt dlm citer tuh), NEELOFA sekali ye ( ahhh jatuh cinta dengan neelofa!! )

Kereta idaman : nak kereta import, hehe.VIOS or camry
                           ( biler nak naik gaji ni!!! Nak beli kete!! )

Cita-cita : hmmm..next!!!

Tempat yang ingin dilawati : ahhh nak gi oversea,London ke, japan ke ,korea ke kalu dapat kerja kat sana & jadi housekeeping kat hotel pun tak pe! ,haha

Tempat yang nak pergi tapi tak pergi2 : hmmm, rumah neelofa,dating dengan neelofa, tido dengan neelofa ( haha )



Perkara yang disukai : lepak2,santai2, karaoke ( sumbang pun takpe, ada aku kesah ), tido ( nak nampak kacak, kena tido selalu der, ahah )


Perkara yang paling dibenci : merokok ( gua tak layan ni der),  orang marah tak tentu pasal , manusia penting diri sendri, marah-marah tak kena tempat,bla bla bla ( luah perasaan tetibe )

No phone : cannot! Privasi! Lalal~neelofa je boleh! ( haha )

email : eastmyle_89@yahoo ( add kat ym, tapi jarang sgt online ym, huhu )

Wanita idaman : cantik cam NEELOFA!! Tapi mesti yang baik-baik je ye ( lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,lalala) baik ke kau??lalalaa



p/s : time sekolah dulu, asal nak kenal, mesti minta biodata,sekarang, add kat fb je..haha

9/22/11

yeay! dah belajar benda baru!

ok, sekarang, aku tak dapat nak buat kerja,
because, aku kena tutup system accounting tuh,
tengah duk syok-syok  surf internet, aku jumpa satu forum pasal android,
yang boleh print screen, haha.

aku biasa tahu printscreen throught laptop je
sekarang guna handphone pun boleh
senang je, sapa-sapa ada samsung galaxy s sekarang,
if korang nak printscreen, just
tekan " back button' ala yg betul anak panah tuh dan

tekan 'home button' lama2,dua-dua button tekan serentak
nanti ada bunyi capture camera.
gila best!
aku dapat ilmu baru pasal android!

for the first time, aku captured thru my home, i wanna show u
my wallpaper actually  is photo of mine, haha.
ada aku kesah?
handphone aku, ikut suka lah nak letak pic aku kan?

pic sorang-sorang je, bila la nak berdua nie, huhu

hahahha.peduli apa orang nak kata..
suke suke suke!

icon-icon kat bawah tuh, kita boleh customize sendiri,
3 icons tuh bg aku sangat penting, compare yang lain,huhuhu.
thats why, always ada letak kat home screen.huhu..!


p/s : bosan la pula, kerja dah la banyak, tapi tak dpt nak buat.aishh!

alaaaaaa..kenapa tak demam ni! aish!

hohoho~ morning guys,ok firstly, rasa macam nak hentak je kepala
kuat-kuat kat dinding, because aku bajet hari ini aku nak MC, tapi tak,
aku tak demam pon, so, aku datang kerja  la ok?
hahahaha
ok aku melawak je,
Alhamdulillah, nasib baik antibody aku kuat, thats why,
even aku kebasahan giler2 semalam,aku still tak demam, & sihat walafiat.
yay! teruskan bekerja kawan-kawan.
sejoooooookkk!!! (sambil sarung sweater ) hihihi~ :P


fever. please go away! i nak sihat walafiat selalu ok! huhu


p/s : kepala tetibe rasa cam pening time aku tulis entry ni, adakah tanda-tanda akan MC esok?lalala~

9/21/11

Aku kebasahan! Arghh tak selesa!

Today, hujan datang lagi, kali ni dengan selebat-lebat tidak,
sehinggakan aku yang pakai seluar jeans dan
sweater merah + baju singlet + tshirt hitam ni, dah basah lejun..


Actually, it was happened, time aku nak pi lunch tadi,

Konon-konon nak lunch lewat skit, officemates ajak kua sekali,
eceh! jual mahal kata tak nak, nak keluar lewat skit.

Padan la muka aku kan, kul1.40 macam tuh,
aku kua pergi makan, even pinjam payung diorang pun,
habis semua nya basah,hujan yang sangat lebat+perut lapar+angin kuat ,


semua orang kat kantin tengok aku dengan terkedu
melihat dan berkata” aih, pakai payung pun, baju pun dah basah.

Serious dowh, aku basah kuyup time tuh.
Sampai sekarang ( masa aku tgh menaip ni, seluar jeans aku still basah lagi,
 tabah je aku buat kerja dengan keadaan basah, ahhh, tak selesa!!!)

Cepat lah nak balik,nak je aku cabut seluar ni,
tak payah pakai apa-apa sekarang,
macam mana nak buat kerja dengan seluar basah kuyup cam ni.adoiii!
Sabo jelahh!!


hujan yang turun bagaikan/..lalala~



p/s : nanti nak bawak seluar & baju spare, in case kalu kena macam ni lagi..esok mc kot, banayk hujan kena nie, huhu

kacak tak diriku berbaju melayu? haha

layan je pic ni, Open House shapadu 2011.yeay!
aku kena jadi penyambut tetamu, thats why, ada sekuntum bunga
lekat kat baju aku tuh ok?
honestly,tak rela nak jadi penyambut tetamu..segan siot! haha
nice experience,rasa-rasa boleh taruk dalam resume tak? hahha








p/s : kacak tak/kacak tak? baik cakap kacak, before aku siku sorang-sorang, hahaha :P

android market dah berubah interface.yeay! totally awesome!

hola hola, aku kan peminat tegar bagi OS android ni,maklum lah, pakai samsung galaxy SL
even version froyo je ( 2.2), tapi aku rasa sangat best dan happy when i've started to use this phone.
 dua tiga hari lepas,aku perasan yang ikon market cam 3D lak, before this, macam lain sikit.
aku bukak market je, aku tengok interface nya dah lain
go go,android gooooo!!! :)
OMG! sangat cantik, dan nampak sangat smart untuk diview,huhu. LIKE-LIKE
android best! yeay!


p/s : tetibe teringat hp ku yang lama,nokia3315,nokia6600,SE K510,K530,G705.oh shahdu nyeeee

9/20/11

happy birthday my mom :)

20/09/1969, date of birth for my mom, hakhak..

hepy birthday mak! i love u! huhuhu~



p/s : sape syg mak anda, silaaa angkat tangan sekarang! haha, semua syg mak masing-masing kan? goood!

9/9/11

bodohkah aku?

bodoh ke aku?
kalau orang marah-marah aku,aku tetap sabar dan ikut je orang itu..

bodoh ke aku?
kalau kena maki-hamun,aku tetap ikut je orang itu.

bodoh ke aku?
kalau di suruh macam-macam,aku still ikut dan terima je.

bodoh ke aku?
kalau aku bengang dan terasa,aku diam je.

bodoh ke aku?
kalau kena marah or dimalukan depan orang,aku hanya diam termalu

bodoh ke aku?
kalau terpaksa ikut ke mana saja,tanpa membantah sikit pun

bodoh ke aku?
kalau, orang berpelajaran diperbodohkan senang-senang.

bodoh ke aku?
kalau kena buat macam-macam, aku sabar dan marah soarng-sorang.

bodoh ke aku?
kalau aku terus hidup macam ni, dah takde usaha nak cari yang lebih sesuai.


p/s : aku betul2 rasa macam orang bodoh..sekian!