7/29/11

my first time.! hakhak

oh noo.!petang td i got letter from HR dept.
'good' news ok!
next week da start puasa..first time puasa sebagai pekerja ok..
aku telah dipilih secara random ok..
and nama aku yang terpilih untuk baca doa..!
aduyai,aku dah la pemalu nak baca doa guna mic nie..
tidak..!!!
ustaz..kenapa dalam ramai2 dak laki dlm department saya..
saya juga lah yang ustaz pilih..
huhuhu..segan laa...~
ayoyoyo~
surat bukti nie..waaaaaa~


p/s : bukan taknak baca, tapi segan je..jgn salah faham..duh!

7/28/11

lunch free.!

KFC time.!hohoho~
baru lepas 'ngap-ngap' ayam satu ketul ( yeah,sedap weyh!)
actually aku kan dah 'kureng' sikit KFC nie.
tapi dapat makan free kan,ngap-ngap je,huhuhu..
thanks to supplier because gave the meal for our
department lunch today ( jimat duit)

yeay! kenyang sudah!
seketul jek suda..huhuhu~




p/s : 2pm.time to work again!duhhh.!

7/27/11

raaabuuu~ oh rabbuu~

hari rabu.yeay!
two days lagi nk saturday!
banyak kerja ya amat.pening-pening~
yang paling penting nak dapat gaji.
oh please,cepat lah 31st july.
aku dah bosan tunggu..SESOK nie.aduyai~

btw, i've received my last month salary slip..
i'm shocked, last 2month aku pernah ambil cuti because nak pergi KB.
alah yang UNPAID LEAVE tuh..
pergh! gaji aku sikit bulan lepas bcoz of dis.demn!
banyak kot potong,leh beli beras berkoyan-koyan.
promise pasni tak nak cuti-cuti lagi ( taubat suda,ngeee )


luahan perasaan kat sticky note.huhu~

slip gaji bulan lepass..waahh.manyak potong~



p/s : moral of the story,kerja selagi boleh, nanti gaji kena potong pulak..waaa~

7/26/11

transformers 3.yeay!

best gila tahu citer TRANSFORMER 3..aku tengok sampai 2 kali kat panggung ( two version, 3D & 2D )
memang best lah movie transformer kali ni..
serius awal-awal tengok tak faham ( sebab sekuel 1 & 2 aku tak ingat jalan cite dah )
addicted lah kunun-kunun kan..
so, disebabkan perubahan tempat aku ( yeay! aku dah beralih tempat kat lain pulak, tak payah duduk dekat tengah-tengah lagi )
aku pun ubah wallpaper desktop,before this guna wallpaper android ( android~ kau ader?hikhik ).
so aku ubah wallpaper baru..
yeay! OPTIMUS PRIME!! go go!
smart tak?heheh



p/s : lappy kat rumah guna windows 7..kat office nie guna XP jek..aku rasa W7 lagik best la kan.?hehe..

7/23/11

risau..!

serius aku sangat risau..
mak aku tinggal sesorang kat rumah ,malam-malam lak tuh.
rasa macam tak nak kerja jauh, nak cari kerja kat hometown sendiri jek.
sapa tak sayang mak kita kan.
pasti semua sayang mak masing-masing..
aduhai~ hopefully, tiada apa-apa yang berlaku.
aku dah suruh cousin aku tengok-tengok'n.
Ya Allah, ko lindungilah kami sekeluarga Ya Allah.. :(


respon dr member kat fb.

p/s : risau risau risau :(

7/22/11

giler facebook yang giler! hahaha~

yeay!
ingat kat sekolah je ada report kad, kat facebook pon ada..
setelah 2tahun 2bulan main facebook yg melalaikan ini..
aku dapat grade dengan result nie.
tadaaaa~
A tuhhh!!! haha

p/s : haha, kalau bangga sebab pelajaran takpe gak, ni sbb fb kan, nampak sangat aku addited siot main fb nie, ceh..nk terminate syg lak, huhu..

Like like like..!!

aku sekarang kat facebook, jarang sangat la nak post-post status nie, dulu aku rajin giler, huhuhu..
actually, tak tahu nak tulis apa, so, aku pergi setiap post orang, & aku like,
sampai dorang gelar aku "kaki like",'liker", "pengelike tegar" & macam-macam lagi la..huhu,,
tapi, yang best biler aku like, dorang pasti like post aku gak.
kira macam, "what u gives, u get back" la kan haha..
biasa standard orang like,dalam 15-20 cam tuh lah kan sekarang, dulu-dulu ada la 2 3 orang.
and ni record paling tinggi post aku di"LIKE"..
tadaaaa~

38 peoples! yeay! ramai nyeeee :)


p/s : ala, aku bukan artis orang nak like sampai beratus-ratus, aku insan biasa je, tapi ramai like, dah buat aku terharu ni, hakhak :P
thanks frens :)

7/15/11

Hotel Murah di Kota Bharu

2 months ago,after I’ve started to work,aku kena pergi KB again untuk program “ finishing school”,aku terpaksa ambil cuti selama 4 hari untk pergi KB semula ok ( dah la unpaid leave ,sabor jelahhh ).so, aku tak tahu nak lepak kat mana kan, biasa aku tumpang rumah sewa member-member aku, tapi faham-faham jelah, time nie, dorang dah tak duduk rumah sewa, , so,aku nak tidur macam mana kan.


selesa kan?tido sorang-sorang je,huu~
So, dengan keadaan duit yang tinggal sekangkang kera nie, after negotiate dengan my parents, they told me to cari hotel murah area Kota bharu ni,stay for 3 days 2 nights.yeah2, duit takde, ade hati nk stay kat hotel bagai ye.haha, nak buat macam mana, terpaksa nie ( dalam hati, yes2, tido dlm aircond aku malam nie, ahha )


first nite,dah bersepah-sepah bagai

camwhoring tak tinggal

resit bukti chech-in,even hotel budget,kau ada?haha

fuh~selesa nyee.rinduu nak pi KB,hakhak :P
Apa lagikk, tdo sorang –sorang dlm hotel budget yg sejuk tuh.malam-malam tido pon syiok giler, yang besh bebas giler, macam-macam aksi tido aku buat, haha, hopefully tak de hidden camera ( kalau ada,maluu siot aku nanti,haha )..layan!!!

7/14/11

"Segmen bersama Khalis"

hohoho~ ni nak citer nie, actually saya terjumpa blog ni secara tak sengaja masa sibuk search kat google dalam sebulan lepas rasa nya,lepas dah view blog ni, memang tiap-tiap hari saya layan, best giler, because entry nya tak pernah bosan ok. because the owner of this blog called " khalis' ( nama sweet  giler, ingatkan perempuan actullay, haha ) said entry akan selalu diupdate, so we'all tak kan bosan untuk view ( yeah, he's right! ) :)

ini bukan ampuan ok, serius luahan ini datang dari hati yang suci lagi murni nie yek ..besides that, encik khalis ini juge mengamalkan konsep ' ziarah & komen', so, nampak kemesraan antara blogger-blogger.huhu..
lagipon, kalau-kalau tension kerja kat office,blog en khalis ni juga, menjadi tempat untuk release tension,haha, asal bukak jek, entry dah bertukar, so, dapat banyak info berguna dan dapat hilang mengantuk sekali, huhu~

disebab'n terasa best nye kat blog nie, sy pernak buat entry pasal blog en khalis nie,hoho..
klik di SINI ye untuk membuktikan saya bercakap benar..hoho~
last but not least, teruskan blogging ye encik khalis, saya sentiasa mengikuti blog anda yang best ituh.hoho~

7/13/11

buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.

buat baik salah, buat jahat pun salah.. apa yang tak kena ya?
jangan jadi terlalu baik, nanti orang akan ambil kesempatan pada kita ( betul ke.?)
i dont know..why me?why me? kenapa aku ye?
sometimes, i dont like myself,because bersikap terlalu baik dengan orang ( yelah, sape nak jadi jahat kan?)
tapi bila buat baik,orang akan ambil kesempatan pada kita..
padan muka kat diri sendiri aku juga, ( itu lah, mak aku dah pesan, kita kalau buat baik, biar berpada-pada, jangan sampai terhutang budi, nanti tergadai body.)

what the hal? terggadai body?bukan menjual diri kat tepi-tepi lorong, means, banyak lah kudrat yang kita terpaksa hulurkan pada orang,sebab kita dah terhutang budi.
sedihkan..aduyai, sampai bile nak macam nie. penat lah! exhausted & tottaly tired to follow that..

i want my life back, wanna back to basic.. tapi ada peluang lagi ker? ya Allah,
tolong lah hambamu ini ya Allah.. tenangkan lah hati aku,menjalani liku-liku hidup.
Allah pasti sedang menguji ketabahan aku..
ya, aku tak kuat, aku tak tabah.tapi pada masa yang sama,

aku tetap teruskan kehidupan seperti biasa,even hati tak seronok,buat apa yang kita tak suka.
cemburu dengan burung-burung,bebas tanpa fikir masalah..
tak perlu fikir menjaga hati ornag lain, tak perlu fikir banyak hal yang melibatkan hati dan perasaan..
ohhh, sedihhh nyeeee~

7/7/11

yeahhh! kau ada.?

huhuhu..disebabkan aku berada di dalam office sepanang hari,pinggang & belakang aku mula terasa kesengalan,oh gosh! sakit weyh..kadang-kadang tuh kan, biler dah lame-lame menghadap komputer yg skrin bapak besar nie,bahu aku,serta pinggang aku terasa sakit ya amat.
aku betul-betul tak tahan dengan tuh, so,semalam, aku pergi mydin kat USJ, aku ternampak  la harga nya rm9.90,murah kot ( murah la rasa nya,hakhak )..
so, the solution untuk menangani masalah ini,adalah..
tadaaaaaa....
bantal busuk baru..!!!


hoho, bantal nie bru beberapa jam aku guna, selesa ya amat, tiada lagi masalah sengal-sengal di belakang.
murah pon murah.sila dapatkan di mydin skrg dengan harga RM9.90.hoho
( muke bangga beli bantal, kau ader.?




p/s : maafkan aku,dengan entry yg sedikit riak nie, maklum la, gembira dah dapat bantal baru..hehe

7/6/11

sabar..sabar..sabar..

sabar.sabar dan terus sabar..
kuat ke aku punya kesabaran..aduhai~
apalah yang patut aku buat..
BUNTU gila..penat sangat hidup dalam keadaan yang menguji kesabaran..
selagi boleh sabar,aku bersabar,tapi sampai bila nak sabar dengan keadaan macam ni.
YA ALLAH,kuatkan lah kesabaran aku dalam menempuhi hari-hari mendatang :(
sob..sob..!



p/s : tabahkan lah hati mu tengku ismail.chaiyo-chaiyo'.. T_T

7/5/11

Buat blog untuk apa.?

Aku buat blog untuk share ape yang intresting dalam kepala otak aku,tu aje.huhu..aku suke blog sebab blog bebas, kau letak pics apa pon, ko nak letak kaler apa,orang lain tak perlu kesah, ko berhak atas sume yang ko nak kat blog, letak je apa kau suke ( janji tak menghina atau mengutuk orang lain secare terang-terangan)


Tapi kalau blog aku nie, awal-awal dulu, aku buat layout hitam,sebab nampak kemas, pastu aku ubah layout jadi gambar awan, nampak cam segar jek, finally, aku buat layout putih kosong macam tuh jek, sebab aku nak nampak simple, senang orang view,tak perlu letak widget banyak-banyak sebab nanti blog aku jadi berat ( ini pendapat aku, kalu blogger lain nak letak widget banyak2 terpulang )

Simbolik nye, design blog aku ni, aku saje buat header pic tuh nampak cam sekeping gambar yang ditampal guna pelekat,kira macam aku tampal gambar atas kertas putih la,nampak simple and smart kan? ( kan?kan? cantik kan? Baik pujiii )..pastu font, aku buat kaler biru pekat ( konon-konon macam warna pen biru,because aku kalau buat note time study dulu, harus pen biru, pen hitam, tak cantik )..

Kalau warna merah,kalau,aku buat dalam kurungan, kira macam,cikgu tengah mark jawapan exam la, haha.poyo jek.so, aku berpuas hati dengan blog aku.setiap blogger pasti nak blog dorang nampak cantik and menarik untuk diview. Aku buat blog, bukan nak kejar traffic nuffnag ke ape ker,aku just nak post kat internet untuk jadikan sebagai memories, if bertahan lame, dapat la aku tengok kenangan muda-muda kat blog aku kan.aku taknak famous-famous pon, sekadar jadiakn diari untuk simpanan hari tua,haha ( cewah, macam good-good je statement)


pic dari uncle google :


p/s : i LOVE bloggin' ahaks! :)

Ada apa dengan doraemon.?

Doraemon..sape minat tengok doraemon?aku minat giler ( kebudak-budakan nya aku,hihi~ )..tapi sekarang dah jarang lah tengok, sebab aku jarang tengok TV, kalau dulu, hari sabtu je, konfem kul7,aku dah tunggu depan tv, pas layan sin chan baru layan doraemon..ahah


Tipu lah sape cakap tak kenal doraemon, dari aku kecil, sampai sekarang, hidup aku mmg banyak dipengaruhi dengan kartun doraemon, ahha..suka tengok alatan-alatan ajaib doraemon dalam poket nya..kalau kat alam nyata doraemon wujud, konfem, aku nak jadi nobita..senang hidup aku..Jimat kos, nak gi mana-mana je, guna pintu suka hati kan..haha..best-best.

Aku banyak simpan komik-komik doraemon, pantang Nampak kat kedai buku, aku sambar terus, balik-balik rumah mak aku tanya komik ni dating dari mana, aku cakap, aku pinjam dari kawan, padahal beli sendiri ,berbulan-bulan ada kat rumah ,baik betul kawan kasi pinjam lelame kan..haha..







pic credit to : uncle google


doraemon & the gang..aku benci suneo ( berlagak nak mampos! haha )



p/s : Aku tengah ketandusan idea nak update blog,sebab tuh tak pasal-pasal citer doraemon pon jadi satu post hari ni, uhuhu~

aku ada donload episode terakhir doraemon, sedih siot biler baca, memang doraemon ni bagi impak yang besar la.nanti aku cari link pasal "last episode of doraemon' tuh..sedih giler..huhu~layan.

7/4/11

office ku,rumah kedua ku..!

hai..tajuk entry cam good-good jek.
takdelah sampai rumah kedua, saje wat tajuk gempak sikit,yelah, aku duduk kat office nie, ambil masa dekat 10jam kot, dari 8.30pg to 5.30ptg..sejuk, tu tak kira, aku balik lewat & datang awal lagi kan..
sabtu lepas aku datang kerja ( bajet cam bagus lah, OT kan,lalaal~ ) sebab banyak kerja lah aku kena datang tuh, dah la aku sorang-sorang,bosan betul, dah alang-alang sorang-sorang, aku pasang lagu kuat-kuat ( nak elak dengar bunyi yang seram-seram,hihihi~ )..
apelagi, sempat lah snap pic office aku nie, huhu..ader lah gak aku 'camwhoring' lagi, ahha..saje isi masa lapang..kau ada?takde kan?kau kesah?kau tak perlu kesah! haha .

buat-buat muka innocent

buat muka cam stress

motif nak tnjuk tempat aku je

nampak kemas kan.sbnr nye tak! haha

camwhore dlm toilet, even takut-takut,sebab sorang kan, tibe-tibe muncul kat cermin,naya aku.haha
layan aje..



p/s : puas tengok? nak kutuk ker nak puji nie? ada aku kesah.?AIman pon tak kesah la der..hihih~ :P

7/1/11

Rindu KB Part2 ( Rumah sewa )

Yang ni lagi satu buat aku rasa "oh gosh.very the rindu2 nak tinggal kat rumah sewa"(ayat cam sengal,hakhak)..tengah duk usha pics dalam lappy,aku jumpa some pics yang boleh di share kat blog..hakhak..aku snap pics rumah sewa..ahhaha..

even rumah sewa aku dari jauh nampak cam usang and scary,aku rinduuu nak duk situ balik..dengan keadaan depan rumah ada kubur lama.malam-malam selalu gayut kat luar sampai ternampak kereta bergetak sendiri,kua malam-malam dengan housemates makan burger kat kedai bob,online free kat akok singgah sorang2 (dulu lappy leh tahan sampai 1jam setengah sambil nyamuk sedap2 hisap darah aku )..

wahh rindunye.ada lagi makan kat kedai 'singgit tiga'( kedai makan yg murah tp tak leh blah recycle straw,jijik betul)...kalau nak gi kelas lagi best 5minit je dah leh sampai kelas ( kelas kul8,7.55 baru nak gerak dari rumah,ko ada?haha)...banyak sangat memories..dulu time kat sana rasa nak cepat sangat blah,tapi bila dah takde kat sana rindu menebal-nebal lak..huhu..sedih lak pulak..

Layan pics nie..huhuhu.rumah sewa 37.50,hahaha..sebab kite orang bayar rm37.50 sorang untuk setiap bulan..murah kan?..







namapk scary kan?hahha

rindu nak duk lepak-lepak kat luar cam dulu

keadaan depan rumah,hoho.pintu besi tuh bilik kosong.lagi seram kalau nak citer, haha
 
 
 
p/s : eh tetibe lak leh boleh update blog, haha..adakah ofice dah dengar luahan hati aku ni, hihihi~ dah alang-alang leh bukak nie, aku cepat-cepat update entry utk semalam, hahaha :P