12/30/11

Shapadu's Gifts for New Year

tadi baru saja our corporate  manager gave us satu department ni 'flash drive' 2gb
sambil diringi ucapan 'hepy new year" kat semua orang kat department ni,huhuhu~
ok ok ok,tak perlu lah nak kecoh bagai, setakat flashdrive 2gb je kan hadiah new year aku.

tapi yang buat aku excited,because logo pada flashdrive tuh,hehe.
nampak simbolik la,shapadu is my first workplace, of course lah aku rasa best,
yelah, aku kan tinggal lagi beberapa minggu je lagi untuk aku tinggalkan shapadu ini
buat selama-lama*nangis jap*

goodbye shapadu,banyak kenangan kat sini,tapi hidup harus diteruskan
aku mencari rezeki di tempat lain pula*sambil buat muka tabah*
kenangan dengan shapadu tak mungkin ku lupa,

Alhamdulillah,dah  1 tahun 2 bulan aku kat shapadu ini rupanya..huhu..
banyak kenangan pahit & manis kat sini*manis banyak dari pahit ok*
now,masa untuk berhijrah ke tempat yang lebih baik bagiku*eceh*

rindu shapadu! rindu staff finance!rindu nak datang lewat! rindu  nak baca doa pagi! rindu kantin shapadu even tak xbpe sedap*ops! tetibe!*
rindu semua semua semua orang kat shapadu ni lah!!! * sambil tangan melambai senyum nampak gigi*
hehehehe...

ada pengepit tie,button & flash drive yang dapat tadi.semua ada logo shapadu.



p/s : tempat baruku??huhu..rahsia lah dulu,tak suprise lah bagitahu sekarang,huhu

12/29/11

Azam 2012?

Pejam celik,pejam celik,dah hujung tahun dah rupanya,cepat nya masa berlalu,umur pun dah makin meningkat tahun depan * deng! Tambah satu angka lagi* ahhhh tidak!*orang nak bajet muda sepanjang masa*


Rasa mcam baru je lagi 2011 teringat lak yang ,aku still ptractical,jadi student uitm,tup tup aku dah habis belajar dan kerja dah pun.haiyo! besau dah tanggungjawab nie! Eceh!

So, tahun 2012,dengan ini aku berazam untuk mula berjimat cermat dalam menguruskan kewangan*ayat kasi baik skit*

Yelah, aku kan dah kerja, ini lah masa untuk aku simpan duit sendri ( tetibe teringat hutang PTPTN belum bayor lagi* ,so, tahun ni harap-harap aku berjaya lah menunaikan azam aku untuk lebih berjimat cermat*ting! Bunyi duit syiling masuk tabung*

Lepas ni,cannot cannot cannot bazir-bazir  dan duit joli tak hengat dah! Aku dah banyak membazir dah nie so lepas ni ,kena lah simpan duit, tup tup tetibe nak kahwin,aku nak cekau duit kat mana kan?hehehe~

Alahai, melepas lah nak beli bju-baju baru ke apa*ucapkan selamat tinggal pada kedai-kedai baju*..humm..haa, tapi kalau sekali sekala nak beli baju,ape salah nye,ye dop? Hihi~

aku rasa satu azam dah cukup kot untuk aku, sebab tiap-tiap tahun azam aku tak pernah jadi,lalalaa~

So, harap2,2012 menjadilah azam aku.amin~



p/s : kalau tambah satu lagi azam,azam nak tambah berat badan, boleh?hihi~

12/20/11

Merokok? Perlu ke?

Korang merokok tak?merokok tak? Actually ape motif merokok ni ye? Orang cakap nampak macho?
Tapi nampak macho ker? Habis aku tengok gurls merokok tak nampak macho pun, hancor ada lah kot,

ada satu lagi cakap merokok dapat melepaskan tekanan?aik,tertekan sanagt ke? Ada banyak cara lain nak lepaskan tekanan rasa nya. Erm..


Alhamdulillah, aku tak pernah try nak hisap rokok because nafsu serakah aku tak pernah terlintas nak merokok, entah kenapa rasa tak bernafsu langsung bila nak hisap object berasap tu,ape yang best sangat ye.*confuse!*

Orang cakap merokok ni,negative impact kita dapat lihat pada raut wajah sesesorang,orang yang merokok nampak tua.bibir akan kehitaman,erk!
So, tak payah la merokok! Tak mendatangkan apa-apa kebaikan pun, duit terbakar! muka nampak tua! Bibir pun hitam! Penyakit pun datang.betul tak?

This is my opinion, untuk perokok tegar terpulang lah nak terus merokok atau tak.
tak salahkan nak bagi pendapat kat blog sendiri..lalala~

Itu sahaja post harini!

#okbai!




p/s : harap-harap aku takkan cuba untuk merokok sampai lah aku mati.

12/19/11

Androidolic – MangaZoo

Hai guys,dah nampak tak my entry title kat atas,yeah, I’m an androidolic ( android+holic)because I’m totally addicted sangat kat operating system ( OS) yang namanya android ni,even I never try to update my OS from froyo to Gingerbread yet,I think froyo dah cukup best*ok mula memuji diri lagi*


Ok cukuplah intro sikit pasal android kat koghang,now I nak bagitahu satu application from android yang best ah, memang sejak aku pakai data plan ni,aku suke buka application ini ( tak sampai sebulan data usage dah reached), it’s called ‘mangazoo’,sampai FB pun aku rasa macam malas nak buka sangat,huhu~bye-bye FB,lalala~

Siapa suka manga sila angkat tangan macam saya?yes, the spelling is true ye,manga bukan buah mangga ataupun majalah mangga yang gambar artis-artis pose tepi kolam renang pun bukan ye*ok fine,aku mula start mengarut*.manga ini adalah sejenis hidupan liar yang mempunyai gigi tajam* ok aku tipu*adeh, malas lah nak explain,korang baca definition kat SINI lah ye*hahaha,gila kejam suruh  WIKI je,maafin saya,saya malas nak translate, hihi~

mangazoo ni one of favouritas application dalam my handphone, OMG! The application has a lot of comics to read, say goodbye to kedai-kedai buku yang aku selalu sedekahkan rm4.80 untuk buku komik and makcik kedai yang selalu buat muka macam nak lempang aku time aku nak baca free.*boooo*

Tak kira di mana jua anda berada di rumah,di pejabat,di dalam bilik termenung mahupun di warung nasi kandar, anda boleh baca komik ini sambil ketawa berdekah-dekah, menangis tersedu-sedu,meroyan tak tentu hala,menjerit terpekik terlolong-lolong*ok finish!* dan macam-mcam lagi mengikut mood & kesesuaian tempat! Dengg! Boooo!

Dalam ‘mangazoo’ anda akan puas hati untuk membaca ribuan komik-komik dari jepun yang sangat menarik serta mempunyai lukisan yang sangat cantik! Awesome! Five star given,tet!! So, lepas ni, tak payah la nak beli buku komik lagi, I just read through online,at the same time kurangkan penebangan pokok-pokok balak! Yeah! *duta alam sekitar mula memberi ucapan*,hihi~


Siapa-siapa yang suka sangat baca komik tu, don’t worry, this is application you can download through Android market*ops for android user only*,hehehe. search kat market 'mangazoo' nanti keluarlah.

tapi ada something yang aku upset sikit lah,bila tengah syiok baca,tetibe internet yang 'high speed' ni tetibe putus,alamatnya, korang kena ingat balik la page mana korang baca tadi,yang tuh leceh sikit,features lain dah memang kebabom lah!

those comics in English,so don't worry, takde makne nya aku nak baca komik ni dalam tulisan kanji jepun,yang satu benda pun aku tak paham! Konnichiwa! *ok tetibe!*


zoo lah sangat kan! haha



p/s : maaf entry terlalu panjang menaip! Excited sangat,lalala~ officemate saya beli ‘motorola xoom’ saya diam sambil memandang pilu”aku tak hado”,hohoho~

12/13/11

banjir oh banjir ~

hai monday,hai everyone,hi readers*eceh*
few days ago, aku balik kampung ku di kuantan,
macam biasalah kan, kalau kat kuantan,hujung-hujung tahun ni,confirm rumah aku banjir,sabtu lepas,hujan turun dengan lebat gila,tak dapat nak tengok gerhana bulan sabtu tu,frust sikit.huhu

hujan turun dengan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan rumahku
Alhamdulillah, rumah aku memang tak masuk air,sebab aku tinggal rumah tinggi.
ahad tuh,lepas hujan renyai,banjir still ada, my mom & i try la jejalan keliling kampung,konon-konon cam pegawai nak check banjir,sambil aku bawak handphone aku satu, untuk snap photos,hihihi

my mom memang sporting lah, because dia yang snap photos aku,hahah..
kalau nak orang lain memang payah lah kan,hihihi~
enjoice the photos!


gaya je lebey,hujan takde pun, hehe

muka cover handsome,even tak mandi lgi,hihi

banjir di kampungku,huhu

my mom,haha.beg tuh,aku letak handphone,secure skit,takut jatuh dlm air



p/s : banjir memang tiap-tiap tahun..sejukk jek..huhuh

12/9/11

Jalan- Jalan Penang

last two week,pergi Penang jalan-jalan makan angin,tak tahu nak tulis apa,coz nanti confirm penat nak baca,so,just layan these photos je ok? huhuhuu~

gambar real,dapur zaman dulu..3D effect nie,awesome!

atas feri*sambil tahan loya,uwekk*

tunggu train nak naik bukit bendera

alamak,nmpk cam buncit skit,hehe

puncak bukit,nampak jambatan penang

snap photo dengan ular,ops sori,saya sentuh je,haha

peta georgetown

kat muzium

pic tangkap sendiri,hehe

teringin nak naik beca nie

peti pos dedulu,3D effect gak neh

muke senyum tak ikhlas*rasa tak selesa banyak sangat ular*haha

binatang yang paling aku tak sanggup nak tengok..erkkk

kau ada?

pedang pinjam,haha

tak tahu motif berlawan depan tokong ular neh

alalah,sweet je pic neh*puji diri sendri,haha*

gong xi fa chai tetibe,haha

layan jelah...hihih




p/s : last pergi penang 12 tahun lepas,time darjah4,lama dah kot, uhuhu

12/8/11

Ombak rinduuu~

Morning Thursday peeps! Dah lame tak update blog, oklah kali ini aku nak cerita sikit pasal aktiviti aku semalam,haha..semalam aku pergi AEON bukit tinggi semata-mata nak pergi tengok cerita OMBAK RINDU yang ramai sesangat kata citer tuh best kan, yelah kalau ramai sangat duk meroyan cakap cerita tu best & kutipan berjuta-juta bagai,confirm lah rasa curious ak nak tengok cerita tuh.


Duration cerita tuh 2jam 5 minit,dan yang tak boleh blah,sepanjang aku pergi tengok wayang ni ah first time ada delay bagai,so, nak tengok cerita tuh jadi lewat sikit.ayayai..

Aku menghayati cerita tuh dengan perasaan ‘ dalam hati ada taman der’ , serius cakap bila aku tengok cerita melayu mesti aku menguap coz boring*jin notti,mengantuk ya amat* haha..cerita OMBAK RINDU ni even cerita cam slow-slow jiwang-jiwang bagai nie, aku tak mengantuk pulak, punya lah feeling..haha

Btw, cerita neh memang best,aku bagi 5 bintang lah.hahah..nak tengok lagi rasa nya*tunggu version download jelah* hukhuk

Sesape yang belum nengok lagik tuh, sila tengok cepat, aku tengok semalam pun, panggung penuh,nasib baik tak duk depan sekali,alamatnya mendongak lah aku tengok cerita tuh,feeling ombak-ombak nie,confirm takdelah kan..hahhaa..suke suke. Tetibe jadi suka lak kat maya Karin,huhu..but say no to lisa surihani,ntah kenapa aku tak suke lisa surihani,hahah.




p/s : nasib baik blog name aku OMBAK ILHAM,Kalau OMBAK RINDU mesti ada orang cakap aku tiru nama novel tuh,say not to plagiat! haha

11/25/11

Anda teruja dengan artis?

Semalam aku pergi IKEA,tengah jalan-jalan kat situ,tetibe aku ternampak pasangan artis yang baru kahwin tuh,apa nama nya,  haa zahiril adzim & shera ayob.
Aku just ternampak dorang betul-betul depan mata,aku tak teruja pun nak bergambar dengan dorang,kalau neelofa mungkin aku akan cepat-cepat tangkap gambar, huhu..

Dua-dua nye kecil-kecil jek,lebih kurang sama tinggi dengan aku. Shera tuh nampak cantik lah juga,tapi mekap tebal sikit,huhu,,dress up cantik lah, zahiril adzim tuh lak nampak sempoi jek.

Tu je nak cerita,kesimpulannya,kalau nampak artist tu rasa biasa je,langsung tak rasa teruja.mereka pun orang biasa je,popular sebab selalu masuk tv. Aku tak ada,tapi aku tak kesah, haha~



sweet couple je tengok dorang



p/s : pernah makan satu meja dengan nurul shuhada nurul ain time bertugas kat jom heboh dulu, but she’s so hmm,no komen, yelah, kite orang tak famous cam dia, tak kan nak ditegur,lalala~

11/22/11

Pesanan untuk Encik Sekong

Hahaha..gelak kejap ye..nak happy sebab Malaysia menang bola semalam! Fuh fuh,berdebar-debar jantung aku jap semalam tengok penalti last semalam.huhu


Ok, masa untuk aku buka topic yang sebetul nya.

Masalah hangin dalam badan,oh tidak!! Haha..ok cukup-cukup untuk terus mencarut,

Actually, aku baru pakai data plan from CELCOM ni lebih kurang tiga minggu la, nak dekat sebulan gak dah ni,tapi rasa hangin je dengan servis SEKONG yang betul-betul sumbat ni..

Encik Celcom saya tinggal dekat area shah alam,bandar besar ,tak kan line kat sini pun teruk jugak!
Encik sekong,saya nak melayari internet pun susah, sebab memang line encik sekong ni lembap bap bap sesangat ye, walhal bandar besar tuh, rumah saya kat kuantan pun even duduk area kampong pun line internet nye always HSDPA or 3G.

kenapa kat Shah alam ni asyik line nye asyik EDGE or GPRS jek, oh line slow sebab banyak pesaing ye. Nak cakap dah reach limit belum lagi, Diharap encik sekong mendengar lah rintihan kecil hati saya ini,saya sudah setia dengan encik sekong lebih daripada 4 tahun dah, dari start saya pakai nokia 3310 lagi saya percayakan encik sekong, kenapa data plan encik sekong ini betul-betul buat ulu hati saya pedih begini.

Encik celcom banyak buat promosi,tapi tak kan tak improve line lagi,kalau tak kerana family saya semua pakai celcom, dah lama saya beralih ke operator lain ye,sebab line encik sekong betul-betul buat saya hangin satu badan! Terima kaseh encik celcom kerana mengecewakan saya dengan line internet anda yang macam kura-kura tercekik tulang ikan tuh ye.

Kalau saya buat aduan kat website encik sekong tuh, belum tentu surat saya dibaca,
yelah, beribu –riban,orang complain, mana sempat nak baca sesatu kan?hahahahhahaha*gelak sewel+sakit hati*


Sekian sahaja monolog dalaman saya,terima kasih

enjoy celcom,yeay!*tangandidadamatakeatas*





Mood : Sabor jelah~ hukhuk

11/17/11

Konvo time!!

Salam semua.oh sorry guys,lama gila tak update,hehe.actually busy gila lah, habis konvo tuh,memang terasa busy yang teramat lah gila, sampai takde masa nk update blog, hehe*ok,ini alasaa,haha,sebenarnya malas,huhu*


Oklah,dah lama gila kot tak update,so ,ni nak cerita pasal konvo aku yang lepas tuh lah,yelah, jubah dah ambil, tapi gambar-gambar berlatar belakangkan dewan konvo & jubah konvo yang gedabak besar tuh belum lagi aku upload kat sini, heheh*statement cam bangga diri sikit,lalalala,kau ader*

Tanggal 24/10/11 bersamaan dengan hari isnin ,maka dengan secara rasmi nya aku dah grade,kira bangga gak lah sikit,huhuhu..time tuh, aku pergi bertiga sahaja,mak,ayah & aku.yelah, kalau bawak reramai nanti, sedare-mare aku yang lain tuh nak duduk mana an, dah lah hujan kat luar dewan tuh, kesian dorang, so, diorang lepak kat hotel,because only my parents yang boleh duduk dalam dewan.

Serius tak tipu wa cakap lu,time nak konvo tuh tersangat-sangat lah penat,,dengan nombor giliran aku yang berates-ratus tuh, lagi lah,lenguh kepala lutut ni berdiri beratur before masuk dewan,huhuh..tapi bukan aku grade bawah 3 pointer ok,above 3 but no less than 3.5,huhuhu*statement jujur*

Dah la nama started huruf T,so, aku dikelilingi semua orang perempuan yang nama nya huruf S & W ok..huhuhu..tapi serius lah cakap, konvo ni sangat penat lah, dah la tak dapat nak bergambar ramai-ramai satu kelas, because kite orang tak dapat nak jumpa, sesak sangat, lepas tuh, dengan keadaan nak suruh pulang jubah konvo cepat-cepat, mahu nya aku tak penat berlari-lari anak nak pergi pulang jubah,huhuhu..rugi giler lah

Hah, nak cerita lagi,gambar konvo aku pun tak banyak,waaaa sedih nye * padan muka kau,sape suruh time tuh malu-malu, hehe*.takpelah, tak banyak,atleast ada. Eh cop! Tapi ada lagi satu cerita sedih, hihihi,orang semua sebok nak buat gambar studio, tapi aku tk buat pun, huhu,sebab segan,hehe..alah, apelah sangat grade degree je, tak payah lah nak siap gambar studio, lain lah kalu master,ok gak, huhu*statement nak sedapkan hati sendri, hehe* so, guys, enjoice the pictures! Hohoo~*enjoy ke,lalaal*



tengok giliran yang ke berapa.sedehhh,haha


muka tahan panas!

posing dgn one of my besties kat uitm! rindu kau bro! haha

tak tahu motif ape aku wat cmni,haha

gmbr dengan parents,yipii!

my mom & dad,my everything~hukhuk

classmates kat uit,member kamcing! hehe..

time amik ijazah! hhee

sedikit angkuh ye posing time baling topi,hehehe :P




 
p/s : bye-bye uitm~ miss u so much..ahaks!

birthday celebration TATA & 'Mummy'

Huu,bulan 10 hari tuh, ada dua birthday yang kite orang celebrate kat Shapadu ni, first birthday our CFO merangkap bos besar aku, nama nye TUNKU AZLAN ,so, we just called him TATA,short form, aku pulak TiTi,aih, macam-macam gelaarn ada neh, TATA sangat sempoi orang nya,baik sangat sebab dia lah aku absorb kerja kat shapadu ni,dia yang offer kerja tahu,huuhuhu~

Secondly, my ‘mummy’ kat office, actually, she’s one of my officemate, yang sangat baik lagi penyayang,baik gila, dulu time aku practical, dia banyak ajar aku lah *sabar je dengan karenah LAMPI aku,huhu* So, biler aku dah started kerja sini, i just called her “mummy’ kira mak aku gak lah kat shapadu ni*tetibe rindu mak betul kat kuantan, hehe*.last month,we all also celebrate her birthday, So, enjoice the pictures,Semua aku tangkap guna handphone android*sedikit riak* haha..



mami,yang kat tengah-tengah tuh, huhu

aku,mami & nisa

makan-makan kat ayam penyet,hehe

yang ni pulak birthday our CFO,TATA,haha

bos bos!

macam biasa,aku mesti nak interframe,hahaha


p/s : makan banyak, badan sekeping gak,lalaal~

Demam twitter pulak dah!

Kalau siapa-siapa notice, aku baru je install twitter updates kat belah kiri blog aku ni, huhuh~,
aku baru je nak aktif main twitter balik*dah lama buat twitter,tapi tak main sebab tak paham*,

so, siapa-siapa yang ada twitter tuh, follow aku ya? Hehe..jom main twit twit pulak, facebook aku bukak, tapi tak update sangat, haha, entah rasa cam best lak asyik duk main ‘hashtag’ kat twitter tuh, hahaa..facebook, buka untuk like post orang je, hahaa..

dulu serious tak paham macam mana nak main twitter, sekarang sejak dah main ni, baru lah paham sikit,before this aku selalu buka kat computer, lagi pun macam ‘hang’ je kalau buka twitter,sebab updates nye sangat cepat,kadang-kadang tak sempat nak baca post-post,terus dah updated.

Jom tweet-tweet!*bunyi burung*


tweet! tweet! follow bollow bollow ! :)

 
 
p/s : tapi,aku bukan #tahitwitter ,lalala~

Prepaid to postpaid+internet package

4/11/2011,tarikh keramat bagi, number handphone UPAX kesayangan aku sudah bertukar menjadi postpaid, gila,memang kerja gila, aku dah lama pakai number ni, sejak aku kat matrikulasi lagi,
aku pakai pun sebab ni nombor UPAX,nombor pun cantik, even beli dengan kawan harga RM10, dah lah kalu mesej dengan semua nombor 1sen je, sekarang semua dah tiada, ikutkan tempoh boleh guna UPAX tuh sampai aku umur 25 tahun, 3 tahun lagi beb!
Disebabkan perasaan meroyan yang teramat-amat,aku korbankan nombor ni,dan ubah jadi postpaid,huhuh..sedih gila*nyesal dah tak guna,waaaa*,tapi tak pe, yang aku nak cerita, aku dah start pakai postpaid ni,RM50 sebulan+internet package 1gb rm38,
So, tiap-tiap bulan aku kena bayar RM88,kira oklah kot.by the way, sejak ada internet through handphone ni, yang best, nak tweet-tweet pun syiok, even di dalam toilet pun aku bawak,hehe
before this, if pakai wifi, dalam toilet dapat main game angry bird jelah, sebab takde internet,haha.harap-harap bil aku bulan ni tak melambung,rasanya macam tak guna sangat call & mesej ni*muka cuak kalau bil melambung*

U.O.X dalam kenangan..ahhhh sedih!!


p/s : harini aku nak update blog banyak-banyak,haahha

11/11/11

Happy triple eleven.yeay!

Today,nombor yang sangat cantik,hari jumaat pulak itu,
diharap semua baik-baik sahaja,sihat hendak nya ye,
enjoice a beautiful date with the happiness.


111111.yeay!

Aku suka 11,my birthday is 11,aku suke sangat nombor 11,
heheh,cantik bah nombor nya,suka suka suka.




P/S : mostly, status kat facebook harini tulis 111111,special betul 11 ini kan,hehe.. :)

11/1/11

bengang!

kenapa dalam ramai-ramai ni aku yang kena macam ni!
setiap masa aku jugak yang kena! tertekan betul lah!!
aku dah betul-betul FED UP!!!!

nak enjoy dalam hidup pun susah la!
kan best kalau dapat undur masa!..

nak baiki silap dan salah time ni, supaya aku tak hadapi situasi ni!
huh!

10/21/11

wordless friday

what goes around comes around.!!

saya ok! saya sabar! saya tenang! saya bodo! yeay :)


p/s : itu sahaja post untuk harini.sekian